tag:blogger.com,1999:blog-27474504000674322132024-02-08T06:07:51.248-08:00Hal Ehwal Murid SRAPpsssraphttp://www.blogger.com/profile/06502235532764559693noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-2747450400067432213.post-10784359018829860832009-05-27T20:11:00.003-07:002009-05-27T20:14:48.565-07:00Bidang Tugas Hal Ehwal Murid

BIDANG TUGAS

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti ko-kurikulum dan penerapan nilai-nilai murni.

1. Bidang Tugas

Penolong Kanan HEM berperanan untuk melaksanakan tugas berikut :-

Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

Bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk hal-hal Pendidikan Jasmani, Ko-kurikulum, disiplin dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan kewangan, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin dan asrama sekiranya ada.

Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.

Membantu Guru Besar menyelia dan menilai.

Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Senarai Tugas
Dalam hal disiplin, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

Menentukan penerapan amalan dan nilai yang murni.

Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

Menjadi Guru Penasihat Lembaga Pengawas.

Mengambil tindakan sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.

Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

Dalam hal bimbingan dan kaunseling pula, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling bersama dengan guru kaunseling.

Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling dan menyediakan laporan yang diperlukan.

Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

Dalam hal Program Perlindungan Murid, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

Merancang dan menyelaras program pencegah penyalahgunaan dadah dan program-program lain di peringkat sekolah.

Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

Dalam hal Pentadbiran, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut :

Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran.

Mengurus kemasukan dan penempatan murid.

Mengurus pertukaran murid.

Menyemak Buku Kedatangan murid sidang pagi.

Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.

Menyemak Buku/Kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah.

Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

Membantu merancang Takwim Sekolah.

Dalam hal Kesihatan, Penolong Kanan HEM berperanan dalam peranan berikut:

Mengurus kemudahan rawatan murid.

Memastikan program kesihatan dijalankan dengan sempurna seperti mengurus Kad 001M dan sebagainya.

Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin.

Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

Dalam hal buku teks, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

Menyelaras hal pengeluaran, pengambilan buku teks dan hapuskira.

Mengurus kutipan-kutipan data, mengawal stok buku teks dan mengawal Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan buku teks.

Dalam hal biasiswa dan bantuan, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa/bantuan.

Mengemaskini rekod-rekod biasiswa/bantuan.

psssraphttp://www.blogger.com/profile/06502235532764559693noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2747450400067432213.post-48138102206688402652009-05-27T20:05:00.021-07:002009-05-27T20:07:03.332-07:00PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Jawatankuasa Penolong Kanan HEM diwujudkan apabila didapati bahawa beban tugas pengurusan sekolah yang dipikul oleh Pengetua dengan dibantu oleh Penolong Kanan (Pentadbiran) sudah bertambah dan menjadi lebih rumit.

Sehubungan dengan itu, jawatan Penolong Kanan HEM diwujudkan dan beliau diberi tanggungjawab untuk membantu Pengetua menangani hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan HEM.

Dua aspek yang penting dalam bidang ini adalah mengenai keselamatan dan kebajikan murid.

Untuk memastikan murid-murid selamat semasa di bawah pengawasan sekolah maka sekolah perlu memastikan bahawa perkara-perkara berikut dilaksanakan:-

Memastikan sekolah memiliki semua dokumen undang-undang, peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan.

Memastikan semua staf sekolah membaca dan memahami semua undang-undang, peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan.

Memastikan semua undang-undang, peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas dipatuhi oleh semua staf sekolah.

Memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa semua undang-undang, peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan.

Pelaksanaan di atas akan dapat dicapai dengan tindakan berikut:

Sekolah memiliki, memahami dan mematuhi kandungan dokumen-dokumen seperti Ordinan Pelajaran 1957; Peraturan Pelajaran; Buku Panduan AM Disiplin Sekolah; Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru; Buku Panduan Bagi Ibubapa Mengenai Disiplin Murid Sekolah; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986: Langkah Meningkatkan Keberkesanan Disiplin Sekolah.

Sekolah menyedia dan mengedarkan peraturan sekolah kepada semua pihak yang berkaitan.

Sekolah memperjelaskan undang-undang dan peraturan-peraturan kepada semua ibubapa dan murid.

Sekolah menyedia dan melaksanakan program-program untuk mempertingkatkan disiplin murid.

Sekolah mengkaji secara berkala punca salah laku murid dan program pencegahan dan pemulihan.

Kehadiran murid di sekolah juga memerlukan sekolah melihat akan hal-hal mengenai kebajikan murid seperti :

Bantuan kewangan berbentuk biasiswa.

Pemakanan seimbang melalui pengurusan kantin yang bijaksana.

Pinjaman buku teks bagi yang memerlukan.

Barangan keperluan harian aktiviti di sekolah melalui koperasi sekolah.

Kesihatan fizikal, mental dan emosi menerusi aktiviti ko-kurikulum.

Proses sosiolisasi yang mantap dan cemerlang dengan bimbingan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Beginilah besarnya harapan Kementerian Pendidikan dan atas kesedaran bahawa generasi masakini adalah pemimpin masa depan maka warga pendidikan amnya harus menerima cabaran ini.

psssraphttp://www.blogger.com/profile/06502235532764559693noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2747450400067432213.post-17853877955944547882009-04-23T20:55:00.000-07:002009-04-23T20:56:10.025-07:00UtamaUtamapsssraphttp://www.blogger.com/profile/06502235532764559693noreply@blogger.com0