BIDANG TUGAS


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti ko-kurikulum dan penerapan nilai-nilai murni.


1. Bidang Tugas

Penolong Kanan HEM berperanan untuk melaksanakan tugas berikut :-

  • Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
  • Bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk hal-hal Pendidikan Jasmani, Ko-kurikulum, disiplin dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan kewangan, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin dan asrama sekiranya ada.
  • Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
  • Membantu Guru Besar menyelia dan menilai.
  • Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Senarai Tugas
Dalam hal disiplin, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

  • Menentukan penerapan amalan dan nilai yang murni.
  • Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
  • Menjadi Guru Penasihat Lembaga Pengawas.
  • Mengambil tindakan sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

Dalam hal bimbingan dan kaunseling pula, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling bersama dengan guru kaunseling.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling dan menyediakan laporan yang diperlukan.
  • Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

Dalam hal Program Perlindungan Murid, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

  • Merancang dan menyelaras program pencegah penyalahgunaan dadah dan program-program lain di peringkat sekolah.
  • Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

Dalam hal Pentadbiran, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut :

  • Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran.
  • Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
  • Mengurus pertukaran murid.
  • Menyemak Buku Kedatangan murid sidang pagi.
  • Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.
  • Menyemak Buku/Kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah.
  • Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
  • Membantu merancang Takwim Sekolah.

Dalam hal Kesihatan, Penolong Kanan HEM berperanan dalam peranan berikut:

  • Mengurus kemudahan rawatan murid.
  • Memastikan program kesihatan dijalankan dengan sempurna seperti mengurus Kad 001M dan sebagainya.
  • Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin.
  • Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

Dalam hal buku teks, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

  • Menyelaras hal pengeluaran, pengambilan buku teks dan hapuskira.
  • Mengurus kutipan-kutipan data, mengawal stok buku teks dan mengawal Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  • Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan buku teks.

Dalam hal biasiswa dan bantuan, Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:

  • Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa/bantuan.
  • Mengemaskini rekod-rekod biasiswa/bantuan.